Filem cereka Sembilu (siri filem)

Sembilu (1994)

Rencana utama: Sembilu

Dikeluarkan pada 18 Ogos 1994, Sembilu berkisarkan tentang kisah cinta antara penyanyi rock Awie (Awie) dan kekasihnya, Wati (Erra Fazira). Hubungan mereka mendapat restu daripada keluarga masing-masing kecuali abang Wati, Azman (Mustapha Kamal) akibat sejarah hitam Azman bersama isterinya, Maria (Aida Khalida). Filem ini menjadi kejayaan komersial dan meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM4.39 juta. Biarpun meraih kutipan tertinggi, Sembilu turut menerima ulasan negatif daripada pengkritik filem.[1]

Sembilu II (1995)

Rencana utama: Sembilu II

Dikeluarkan pada 1 Jun 1995 selepas kejayaan filem pertama, Sembilu II berkisarkan tentang sisi dewasa Awie dan Wati. Hubungan mereka semakin serius dan mereka siap merancang untuk bertunang, namun cabaran dan dugaan menghalang cinta mereka. Filem ini menjadi kejayaan komersial apabila ia berjaya meraih kutipan pecah panggung paling tertinggi sebanyak RM6.10 juta, berbanding Sembilu yang meraih RM4.39 juta. Ini menjadikan Sembilu II filem Melayu pertama yang meraih kutipan melebihi RM6 juta.[2][3]

Sembilu 2005 (2005)

Rencana utama: Sembilu 2005

Dikeluarkan pada 24 Mac 2005, Sembilu 2005 ialah pembikinan semula dari filem Sembilu namun dengan berlainan plot dan watak, mengisahkan tentang hubungan percintaan dua insan dari budaya berbeza, Vince (Vince Chong) dan Salina (Hetty Sarlene) yang menemui seribu jalan buntu akibat perhubungan mereka menerima tentangan daripada keluarga mereka. Filem ini meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM1.43 juta.[4][5][6]

Rujukan

WikiPedia: Sembilu (siri filem) http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/Hiburan... http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Hibura... http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Hibura... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt... https://www.screendaily.com/malaysian-box-office-r... https://www.klik.com.my/item/story/2207218/kelaina... https://www.klik.com.my/item/story/257374/filem-se... https://www.klik.com.my/item/story/4510055/spellbo... https://www.klik.com.my/item/story/575128/sembilu-... https://www.pnm.gov.my/yangpertama/Seni_Boxoffice....